Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Bersyukur sangat coz Allah masih memberikan kekuatan untuk
ana menukilkan sesuatu untuk blog yang tercinta ini... hehehe
Kali nie ana nak ceritakan sebuah kisah mengenai Abu Nawas
vs Imam Hanbali...
Kisahnya bermula dari.... PRIT!!!!!!!!!!! (tak ingatlah
bunyi wisel macam mana... tue kot bunyinyer...) J
Matahari hampir tenggelam di ufuk barat. Cahaya senja
kemerahan menyeruak di permukaan langit. Bola api raksasa itu merangkak
perlahan-lahan ke peraduannya. Ketika itu orang ramai sudah berkumpul di Masjid
Jamek Kota Baghdad. Sementara menunggu masuknya waktu solat maghrib mereka
mendengar Imam Hanbali membacakan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Ada pula yang
mengambil kesempatan bertanyakan berkenaan masalah agama. Sudah menjadi
kebiasaan Imam Hanbali berjumpa dengan orang ramai antara waktu asar dan
maghrib. Jika tidak ada yang bertanyakan berkenaan masalah agama beliau
membacakan hadis nabi. Sedang mereka tekun mendengar hadis yang dibacakan Imam
Hanbali tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian cantik lalu berkata.
“Wahai Imam Hanbali, khabarnya kamu seorang yang bijak. Nama
kamu menjadi sebutan orang ramai. Aku datang mahu menguji kebijaksanaan kamu.
Jika kamu dapat menyelesaikan masalah aku ini, sememangnya kamu orang yang
bijak. Tetapi jika gagal maka aku lebih bijak daripada kamu,” kata Abu Nawas
seorang lelaki yang dikatakan paling pintar di Kota Baghdad.
“Apa masalah kamu wahai Abu Nawas?” tanya Imam Hanbali. Dia
kelihatan tenang sahaja.
Biasanya apabila Imam Hanbali sedang membacakan hadis tidak
ada sesiapa pun yang berani mengganggu. Orang ramai tekun mendengar sehingga
hadis itu habis dibacakan. Tetapi Abu Nawas sengaja berbuat begitu bagi menguji
Imam Hanbali yang menjadi saingannya.
“Aku ada 3 perkara aneh. Pertama aku suka bersaksi dengan
perkara yang tidak pernah aku lihat...,” kata Abu Nawas dengan suara yang
lantang supaya didengar orang ramai.
“Itu saksi bohong namanya!” teriak Kumair salah seorang anak
murid Imam Hanbali.
“Tidakkah kamu tahu wahai Abu Nawas? Sesiapa yang menjadi
saksi mestilah melihat dulu barang yang disaksikannya. Jika tidak pernah
melihatnya maka kamu tidak boleh bersaksikannya,” kata Sufian pula.
“Apakah perangai anek kamu yang kedua, wahai Abu Nawas?”
tanya Imam Hanbali pula. Dia masih tenang dengan pertanyaan lelaki yang
terkenal dengan kebijaksanaannya itu.
“Aku paling suka makan bangkai...,” jawab Abu Nawas. Dia
tersenyum sambil melihat reaksi orang ramai.
Seperti yang dijangkakannya, orang ramai marah lalu mencemunya.
Mereka merasakan bahwa Abu Nawas sengaja mau mempersendakan Imam Hambali.
Tetapi beliau masih kelihatan tenang.
“Apa pula perangai aneh kamu yang ketiga?” tanya Imam Hanbali
lagi. Beliau masih kelihatan tenang seolah-olah tidak terusik perasaannya
dengan pertanyaan Abu Nawas itu.
“Saya selalu lari dari rahmat Allah.” Jawab Abu Nawas.
Sekali lagi orang ramai mencemuh Abu Nawas. Malah ada yang
bercadang untuk menghalaunya keluar dari masjid itu. Tetapi dihalang oleh orang
lain kerana lelaki itu kesayangan khalifah.
"Jika dia mengadu pada khalifah sudah pasti kita
ditangkap dan dipenjarakan kerana Abu Nawas itu kesayangan khalifah," kata
Nusair.
“Aku datang bagi menguji kebijaksanaan Imam Hanbali. Jadi,
kamu jangan masuk campur. Tambahan pula aku sudah maklumkan kepada khalifah untuk
mengujinya. Jika kamu sakti aku nescaya kamu pula yang akan disakiti,” kata Abu
Nawas dengan berlagak angkuh.
"Sekiranya aku dapat menyelesaikan masalah yang kamu
katakan tadi apakah kamu mau berjanji tidak mahu mengganggu aku lagi?"
tanya Imam Hanbali.
“Aku bersetuju,” jawab Abu Nawas. "Tetapi jika kamu
tidak dapat menyelesaikannya maka kamu tidak layak lagi mengajar orang ramai
kerana ternyata aku lebih bijak daripada kamu.”
“Baiklah Abu Nawas,” kata Imam Hanbali. “Cuba kamu sebutkan
sekali lagi perangai aneh kamu yang pertama?”
“Aku suka bersaksi pada perkara yang tidak pernah aku
melihatnya,” jawab Abu Nawas sambil bercekak pinggang kerana yakin Imam Hambali
tidak tahu jawapannya.
“Maksud kamu, kamu suka mengucap dua kalimah syahadah yaitu
naik saksi bahwa tiada Tuhan selain Allah sedangkan kamu tidak pernah
melihatnya,” kata Imam Hanbali.
Abu Nawas kelihatan tertegun mendengar jawaban Imam Hambali
kerana ternyata jawapan itu memang benar. Namun dia masih tidak mau mengalah
lalu mengatakan perkara anehnya yang kedua.
“Aku paling suka makan bangkai,” katanya.
“Maksud kamu, kamu suka makan ikan kerana ikan itu tidak
pernah disembelih. Itu yang kamu maksudkan suka memakan bangkai.”
Sekali lagi Abu Nawas tertegun mendengar jawapan Imam Hambali.
Lalu dia menyatakan perangai anehnya yang ketiga.
“Aku suka lari dari rahmat Allah. Apakah maknanya?” tanya
Abu Nawas.
“Hujan itu adalah rahmat Allah. Apabila hujan turun kamu
melarikan diri ke tempat teduh,” jawab Imam Hambali.
Abu Nawas kelihatan kecewa kerana Imam Hambali dapat
menjawab dengan tepat masalah yang dikemukakannya. Namun dia masih tidak mau
mengalah. Otaknya segera berfikir mencari helah.
“Wahai Imam Hanbali, ternyata kamu seorang yang bijak.
Tetapi tahukah kamu apabila bersembahyang pahala aku lebih banyak daripada
kamu? Kamu tahu apa?” tanya Abu Nawas.
Imam Hambali hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak mau
menjawab pertanyaan Abu Nawas itu. Melihat keadaan itu, Abu Nawas semakin
lantang bersuara.
“Wahai tuan-tuan semua apakah kamu bersetuju kalau aku
mengatakan apabila bersembahyang maka pahala aku lebih daripada pahala Imam Hambali?”
tanya Abu Nawas kepada orang ramai.
“Imam Hambali seorang ulama’ kamu seorang tukang lawak
istana. Tentulah solat Imam Hambali lebih banyak pahalanya daripada kamu!”
jawab Sufian yang membela gurunya.
“Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan yang
maksudnya, solat orang yang sudah berkawin itu lebih banyak pahalanya dari solat
orang bujang? Aku sudah berkawin tetapi Imam Hambali masih bujang, kerana itu
solat aku lebih banyak pahalanya,” kata Abu Nawas lalu segera keluar dari
masjid.
“Memang benar, solat mereka yang sudah berkawin itu lebih
tinggi darajatnya dari solat mereka yang bujang,” kata Syeikh Siddiq yang turut
berada di situ. Pada suatu masa dahulu dia pernah menjadi guru Imam Hambali
tetapi sekarang dia pula berguru dengan Imam Hambali.
Katanya lagi, “ Allah menjadikan makhluk di bumi ini
berpasang-pasangan. Ada jantan ada betina. Ada lelaki ada perempuan. Antara
mereka saling memerlukan, kerana itu hewan dan manusia berkembang biak. Manusia
dijadikan makhluk yang paling mulia kerana itu Allah mensyaratkan perkembangan
zuriat manusia mestilah melalui proses perkawinan. Dengan perkawinan akan
terpeliharalah nasab keturunan dan wujud kasih-sayang terhadap keluarga.”
